Sunday 14 August 2011

Novel Review : Jangan Bilang Benci ; by Muna Mahira


Benci…kata orang tua-tua, jangan terlalu membenci seseorang…kelak akan berubah sayang. Itulah kisah yg terjadi pada novel Jangan Bilang Benci terbitan karangkraf/alaf 21 ini..
BLURB
Benci! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja dapat kedudukan sebagai CEO di syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannyer aku?
Aku- Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnyer membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku.
Namun dalam kebencian menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannyer daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu.
Arghhh….Hafriz tetap dengan lagak machonyer! Dia terus dan terus mencuri hatiku….
Synopsis ku…
Kim anak orang kaya yang kurang kasih sayang ibubapa. Dibesarkan dengan kemewahan, cukup serba serbi tapi hakikatnya papa kedana. Beliau terlalu mengimpikan jawatan CEO syarikat bapanya apabila bapanya bersara namun angan-angan terus menjadi bayangan kerana beliau tidak dipilih utk menjawat jawatan itu. Sebaliknyer Mohd Hafriz Akmal bin Tan Sri Afdal yang menerajui Leopard.
Sejak itu bermulalah perasaan benci Kim terhadap Riz akibat terlalu kecewa. Bak aksi anjing dan kucing, mereka asyik bertekak utk menyakitkan hati masing-masing…dan sudah tentulah kemenangan byk berpihak pada Riz kerana dia 'bos'. Reen, sahabat baik Kim sejak kecil byk membantu Kim mencari cinta dalam hati beku nyer. Kejadian lemas dan telah diselamatkan oleh sebuah keluarga yg miskin tetapi kaya dengan kasih sayang telah merubah perasaan Kim terutama persepsi nya terhadap cinta.
Bila cinta kepada Riz itu hadir, Kim sekali lagi diuji dengan kehadiran Zafrey anak kepada salah seorang rakan business papanya. Seperti biasa..ibubapa Kim bercadang mengatur perkahwinan mereka berdua utk mengukuhkan kedudukan walaupun pada hakikatnyer Kim & Zafrey masing2 punya pilihan hati. Kim nyaris diperkosa Zafrey akibat tekanan perasaan. Apakah kesudahannya? Dapatkan novel ini di pasaran~
..komenku:- * * bintang
  • Cerita yang menarik tetapi penulis seakan-akan sengaja memanjang cerita membuatkan pembaca geram dengan keegoan heroin nya…
  • Kejadian kapal karam itu habis macam tu jer, tidak diterangkan apa yang berlaku pada Hazri(rakan yang dia kenal di atas kapal), x de diceritakan kuar berita di mana-mana media utk Kim mengetahui apa yang terjadi pada kapal yg dinaikinya.
  • Masa perkahwinan Kim, xde plak diceritakan bagaimana keluarga yang menolongnya datang…bwk mereka berjalan-jalan sekitar KL seperti yang dijanjikan….
  • Tak diceritakan bagaimana Riz jadi anak luar nikah, Kim xde minta maaf pada Riz atas segala perbuatan nya sebelum tu yang banyak menyakitkan hati terutama menghina asal usul Riz…. Kesimpulan byk jugaklah yang x mencapai tahap piawai…. Apepun tetap boleh layan.
......Harap-harap penulis dpt memperbaiki penulisan dan menitik-beratkan kisah2 atau kejadian remeh temeh yg berlaku dalam perceritaan…jangan biar tergantung…

Thursday 4 August 2011

Kasih Alia: Rafidah Ibrahim (Fida) berpeluk dengan Iqram Dinzly dalam slot Akasia?

ape kes ni? kiter sedia maklum Fida Ibrahim ni mmg bertudung di luar lakonan.Tak manis tul nampak. Niat tak menghalalkan cara...Berlakon sebagai adik beradik x semestinyer dibolehkan scene peluk2 mcm ni antara bukan muhrim .. haishh macam-macam *geleng-geleng* Agaknyer pemahaman si Fida ni janji berlapik, peluk pun tak ape2 kot... nauzubillah~


p/s: Pulanglah ke pangkal jalan....dunia akhir zaman~