Sunday 14 August 2011

Novel Review : Jangan Bilang Benci ; by Muna Mahira


Benci…kata orang tua-tua, jangan terlalu membenci seseorang…kelak akan berubah sayang. Itulah kisah yg terjadi pada novel Jangan Bilang Benci terbitan karangkraf/alaf 21 ini..
BLURB
Benci! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja dapat kedudukan sebagai CEO di syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannyer aku?
Aku- Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnyer membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku.
Namun dalam kebencian menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannyer daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu.
Arghhh….Hafriz tetap dengan lagak machonyer! Dia terus dan terus mencuri hatiku….
Synopsis ku…
Kim anak orang kaya yang kurang kasih sayang ibubapa. Dibesarkan dengan kemewahan, cukup serba serbi tapi hakikatnya papa kedana. Beliau terlalu mengimpikan jawatan CEO syarikat bapanya apabila bapanya bersara namun angan-angan terus menjadi bayangan kerana beliau tidak dipilih utk menjawat jawatan itu. Sebaliknyer Mohd Hafriz Akmal bin Tan Sri Afdal yang menerajui Leopard.
Sejak itu bermulalah perasaan benci Kim terhadap Riz akibat terlalu kecewa. Bak aksi anjing dan kucing, mereka asyik bertekak utk menyakitkan hati masing-masing…dan sudah tentulah kemenangan byk berpihak pada Riz kerana dia 'bos'. Reen, sahabat baik Kim sejak kecil byk membantu Kim mencari cinta dalam hati beku nyer. Kejadian lemas dan telah diselamatkan oleh sebuah keluarga yg miskin tetapi kaya dengan kasih sayang telah merubah perasaan Kim terutama persepsi nya terhadap cinta.
Bila cinta kepada Riz itu hadir, Kim sekali lagi diuji dengan kehadiran Zafrey anak kepada salah seorang rakan business papanya. Seperti biasa..ibubapa Kim bercadang mengatur perkahwinan mereka berdua utk mengukuhkan kedudukan walaupun pada hakikatnyer Kim & Zafrey masing2 punya pilihan hati. Kim nyaris diperkosa Zafrey akibat tekanan perasaan. Apakah kesudahannya? Dapatkan novel ini di pasaran~
..komenku:- * * bintang
  • Cerita yang menarik tetapi penulis seakan-akan sengaja memanjang cerita membuatkan pembaca geram dengan keegoan heroin nya…
  • Kejadian kapal karam itu habis macam tu jer, tidak diterangkan apa yang berlaku pada Hazri(rakan yang dia kenal di atas kapal), x de diceritakan kuar berita di mana-mana media utk Kim mengetahui apa yang terjadi pada kapal yg dinaikinya.
  • Masa perkahwinan Kim, xde plak diceritakan bagaimana keluarga yang menolongnya datang…bwk mereka berjalan-jalan sekitar KL seperti yang dijanjikan….
  • Tak diceritakan bagaimana Riz jadi anak luar nikah, Kim xde minta maaf pada Riz atas segala perbuatan nya sebelum tu yang banyak menyakitkan hati terutama menghina asal usul Riz…. Kesimpulan byk jugaklah yang x mencapai tahap piawai…. Apepun tetap boleh layan.
......Harap-harap penulis dpt memperbaiki penulisan dan menitik-beratkan kisah2 atau kejadian remeh temeh yg berlaku dalam perceritaan…jangan biar tergantung…

Thursday 4 August 2011

Kasih Alia: Rafidah Ibrahim (Fida) berpeluk dengan Iqram Dinzly dalam slot Akasia?

ape kes ni? kiter sedia maklum Fida Ibrahim ni mmg bertudung di luar lakonan.Tak manis tul nampak. Niat tak menghalalkan cara...Berlakon sebagai adik beradik x semestinyer dibolehkan scene peluk2 mcm ni antara bukan muhrim .. haishh macam-macam *geleng-geleng* Agaknyer pemahaman si Fida ni janji berlapik, peluk pun tak ape2 kot... nauzubillah~


p/s: Pulanglah ke pangkal jalan....dunia akhir zaman~

Tuesday 28 June 2011

Novel Review: Rindu Di Awan Biru (RDAB) ; by Meen Zulaikha


My personal synopsis:-

Nur Hanani binti Zaheir…atau Hanan. Itulah nama yg menjadi watak heroin dalam novel ini. Dibesarkan di kawasan kampung serba kekurangan termasuklah kasih sayang seorang yang bergelar ayah. Ibunya Sabariah ditinggalkan oleh ayahnyer kerana dalam senyap-senyap telah berkahwin lain. Hanan beserta dua adiknya Adi & Maisarah diceritakan di awal novel bagaimana mengharungi liku-liku hidup dari zaman sekolah sehinggalah berkerjaya.

Tiada duit kecil ketika membeli nasi ayam sehingga membawa ke pertemuan di dalam kapal terbang sewaktu berangkat ke Melbourne sebagai tour leader adalah detik-detik di mana Hanan bertemu dengan Kapten Akmal, seorang juruterbang. Bak dipanah dewa asmara, walaupun kata akal Hanan menidakkan tapi hatinya tidak mampu menahan gelodak jiwa yang ingin mencintai dan dicintai.

Masjid Biru menjadi kenangan yang takkan padam di lubuk hati Hanan. Di sanalah dia diijab kabulkan dengan jejaka yang dia tidak tahu asal usulnya. Sangkanya panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hanan kaget. Perkara yang amat dibenci sejak kecil tanpa disangka berlaku ke atas dirinya. Dia pasrah kerana cinta yang tulus. Namun itu masih tidak cukup untuk Tuhan memberi ujian yang lebih berat terhadap Hanan. Lebih menyakitkan, dia diperangkap atas satu perlakuan yang dia sendiri tidak tahu hujung pangkal. Akhirnya, talak tiga yang menjadi titik noktahnya.

Hanan pergi membawa diri yang terluka. Walaupun Akmal seakan-akan gila talak, tiada ape lagi yang mampu dilakukan sehinggalah Akmal mendapat idea dan membuat perancangan 'bercina buta' untuk Hanan. Berjalan lancarkah perancangan Akmal itu??

Komen:-

Di awal novel, jalan cerita yang sedikit perlahan kerana penulis bercerita tentang zaman kanak-kanak watak utama *rasa nk skip baca jugak*. Dipertengahan bila watak sudah dewasa, olahan penceritaan semakin menarik minat dimana timbul watak hero novel(digambarkan seperti pelakon Ady Putra)…*wow*

After that, mcm beser..pembaca dibawa terbuai-buai perasaan dengan kisah2 romantik hero dan heroin sehingga membibitkan perasaan cinta. Akmal digambarkan seorang yg cool, bijak mencari peluang dan pandai manipulate sesuatu. Tapi bila rahsia pecah, Akmal digambarkan sgt pentingkan diri sndiri, tidak adil dan gemar berjanji tp tak pernah dikotakan *abis hilang semua ciri-ciri gentleman sebelum kawen…grrrrr* Kesian Hanan, sekeras-keras di awal novel, tp bila smpai time ni lemah selemah lemahnyer. Semua karakter bertukar dan terasa sedikit goyah disitu. Cerita-cerita yg diselitkan di tengah2 konflik seperti hal2 tour dilihat terlalu meleret-leret panjang lebar sehingga beberapa helai muka surat mengurangkan percentage mood 'eager' utk membaca.

Pengakhiran novel dilihat terlalu terburu-buru seperti dikejar kapal terbang. Banyak scene yang tidak diolah dengan lebih mendalam dan ibarat mcm melepaskan batuk di tangga….*mcm asal siap n happy ending, dahlaaa* . Sedikit kurang 'kick' bg aku yang terlalu ingin tahun ape telah terjadi pada Akmal. Bagaimana pula dengan org2 yang menganiaya Hanan sehingga dia dijatuhkan talak? Cinta baru yang terbit yg seperti dlm jangka waktu yg terlalu singkat dan tidak mendalam sedangkan Hanan digambarkan seperti sudah tawar hati utk sesiapa… apepun kata kakMeen(penulis) ade RDAB 2 sambungan kisah cinta Hanan. *aku harap mmg adelaa sbb mmg x puas hati dgn ending nyer*

"Jangan cari keserasian, tapi wujudkan keserasian, jangan cari apa yang kurang, tapi hargailah apa yang lebih dan jangan banyak mengajar tapi kenalah banyak belajar"

Sunday 12 June 2011

OMG, Nora Elena's fever.......!!!

layankan lagu-lagu yang menyentuh kalbu tatkala menonton 24 episod drama Nora Elena...yang diadaptasi longgar dr novel Kasih Yang Suci sentuhan Meen Zulaikha... kalau hayati bait-bait lirik lagu2 ni..semua mcm kene dengan drama yang tgh jadi fenomena skang ni... thumbs up pada yg bertanggungjawab memilih..yang pasti, dengarlahh sampai lebam~

1) Asfan- Terhenti Di Sini :  lagu yang cukup sinonym dengan scene Seth Tan yang penuh dengan aksi romantic, lucu, meruntun jiwa.....layan~



Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

2) Sarah Aqilah - Biar Hati Mencintai : lagu tatkala scene Nora Elena pulak...



Kau yang membuat ku buntu
Membuat ku tak tentu
Terus memikirkan mu
Biar tiada jalanku..
Jalan ku…

Telah ku cuba tuk nyatakan
Rasa di hati ini
Yang makin menghantui
Perasaan jiwa ku..
Jiwa ku…

Korus

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…
Selamanya…

Kau yang menjadikan cinta
Selalu menjadi rindu
Seperti waktu itu
Yang mengharung hidupku..
Hidupku…

Ku.. yang bisa memerlukan
Selalu jadi mimpiku
Menjadi pemilikmu
Biar tak pernah tahu..
Kasihku…

Korus

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…
Selamanya…

hooo..

iyeahh..

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…

Selamanya…
Selamanya…
Selamanya…
3) Sofazr - Dan Bila Esok : OST Nora Elena...Isnin hingga Khamis kul 7mlm akan dengar lagu ni berkumandang di tv3~



Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

4) Erry Putra & Reen Rahim - Berubah : lagu antara Eid & Nora Elena...nyanyian Inspector Amir...haha x sangka bleh tahan gak suara...

P: Kau berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari

L: Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggalkan ku sendiri
Kelam seluruh jiwaku

P: Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku . . .

L:Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari

L/P: Semua telah berakhir

L/P: Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

5) Erry Putra, Reen Rahim & Shajiry - Jangan Kau Pergi







Tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

Ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku


Ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi

6) Sofaz - Sesuatu Yang Berbeza : Lagu sangat best dr Sofaz....


Ada sesuatu yang berbeza,
Saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan dirimu
Satu keinginan terpendam di hati

Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini
Mungkin ini semua hanyalah perasaan
yang singgah dan pergi meninggalkan ku
Satu keinginan terpendam di hati
Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini

Friday 18 March 2011

^^Dream Home^^

aduih..sekarang ni harga rumah makin lama makin tak masuk dek akal...kalau setengah juta takder dlm account, tak payah nk mimpi nak duduk landed house yg berposkod KUALA LUMPUR. Skang aku dh ade rumah dah, rumah sndiri.Tapi sebuah apartmentlaa kt area Bdr Sri Damansara. Tak larat dah nk duduk rumah xde tanah ni. Ade anak sorang okay lagi..dah besar nnt berlaga punggung kt dapur. So Sabtu lalu[the next day lepas Jepun dikejutkan dengan bencana yg bertimpa-timpa..mujur bukan time birthdate aku] , aku dengan encik hubs spent time together utk jalan-jalan cari rumah dr lepas kuar bekfes pagi smpailaa nak masuk senja [semangat giler..kagum tak??] Memula gi tngok kt tmn Gombak Permai [wahh mmg cantek menarik tertarik kau]..rumah tu location dier bebetul blakang Bt Caves[aku dh happy dah sbb dekat sgt laa ngan opis].Rumah double-storey dan harga dr 430K...tapi baru call developer and say Hello...diorg dah ckp...'dah sold out'[owhh..terkesima jap. Musnah harapan]. Terpaksa start balik misi mencari rumah.

Kami pusing-pusing lagi area situ...oppp opppp[ternampak banner tunjuk ke arah sales office ke tmn Bukit Permata]. Encik hubs tengok  muka aku...aku tngok muka dier. Then aku cakap...redah kasik pecahh jer. Ikut punyer ikut banner punyer arrow [jalan masuk fail...ade ker laluan masuk depan rumah org?sempit plak tuh..x convenient langsung] sampailaa ke tempat yg dituju. Owh..rumah teres. Takde besar sgt tapi besar ke atas[3 tingkat laa plak] aku dhla x larat nk naik tangga rumah skang yg kt tingkat 3...ni saje nk tempah plak rumah 3 tingkat? [...memang taklaa kan]...ohhh..pencarian kembali bermula[again?] ...cari rumah mmg bukan mcm nk beli ikan, ayam kt pasar. Banyak faktor kene dititik-beratkan.[fuhhh professor bahasa jap aku nieh]

Pencarian ke-3...kami ke Rawang berhampiran dengan Bandar Country Homes. On the way...byk kerja-kerja pembinaan utk membesarkan jalan tgh in progress. Memula kami ke tmn Desa Mas..located about 5-10min dr exit tol rawang[dr rumah aku skang journey about 20min] ...ade rumah yg aku berkenan..semi-D lagi tu. Harga affordable..dr 300K[mana nk dpt semi-D harga cmnieh dowhh?].Aku berkobar-kobar balik. Tepon punyer tepon....ya allah sold out [lagi..?] ...aku makin down.....kwang kwang

Last tempat yg aku pegi[aritu laa]..bersebelahan dgn Desa Mas ni...tmn Saujana Rawang. Developed by Glomac...tengok-tengok rumah contoh...hati terpaut pada design Amoda....skang tgh tunggu ape cer ngan loan.Result insyaallah dpt next week...Ya allah, semoga segalanya lulus......amin~