Tuesday 28 June 2011

Novel Review: Rindu Di Awan Biru (RDAB) ; by Meen Zulaikha


My personal synopsis:-

Nur Hanani binti Zaheir…atau Hanan. Itulah nama yg menjadi watak heroin dalam novel ini. Dibesarkan di kawasan kampung serba kekurangan termasuklah kasih sayang seorang yang bergelar ayah. Ibunya Sabariah ditinggalkan oleh ayahnyer kerana dalam senyap-senyap telah berkahwin lain. Hanan beserta dua adiknya Adi & Maisarah diceritakan di awal novel bagaimana mengharungi liku-liku hidup dari zaman sekolah sehinggalah berkerjaya.

Tiada duit kecil ketika membeli nasi ayam sehingga membawa ke pertemuan di dalam kapal terbang sewaktu berangkat ke Melbourne sebagai tour leader adalah detik-detik di mana Hanan bertemu dengan Kapten Akmal, seorang juruterbang. Bak dipanah dewa asmara, walaupun kata akal Hanan menidakkan tapi hatinya tidak mampu menahan gelodak jiwa yang ingin mencintai dan dicintai.

Masjid Biru menjadi kenangan yang takkan padam di lubuk hati Hanan. Di sanalah dia diijab kabulkan dengan jejaka yang dia tidak tahu asal usulnya. Sangkanya panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hanan kaget. Perkara yang amat dibenci sejak kecil tanpa disangka berlaku ke atas dirinya. Dia pasrah kerana cinta yang tulus. Namun itu masih tidak cukup untuk Tuhan memberi ujian yang lebih berat terhadap Hanan. Lebih menyakitkan, dia diperangkap atas satu perlakuan yang dia sendiri tidak tahu hujung pangkal. Akhirnya, talak tiga yang menjadi titik noktahnya.

Hanan pergi membawa diri yang terluka. Walaupun Akmal seakan-akan gila talak, tiada ape lagi yang mampu dilakukan sehinggalah Akmal mendapat idea dan membuat perancangan 'bercina buta' untuk Hanan. Berjalan lancarkah perancangan Akmal itu??

Komen:-

Di awal novel, jalan cerita yang sedikit perlahan kerana penulis bercerita tentang zaman kanak-kanak watak utama *rasa nk skip baca jugak*. Dipertengahan bila watak sudah dewasa, olahan penceritaan semakin menarik minat dimana timbul watak hero novel(digambarkan seperti pelakon Ady Putra)…*wow*

After that, mcm beser..pembaca dibawa terbuai-buai perasaan dengan kisah2 romantik hero dan heroin sehingga membibitkan perasaan cinta. Akmal digambarkan seorang yg cool, bijak mencari peluang dan pandai manipulate sesuatu. Tapi bila rahsia pecah, Akmal digambarkan sgt pentingkan diri sndiri, tidak adil dan gemar berjanji tp tak pernah dikotakan *abis hilang semua ciri-ciri gentleman sebelum kawen…grrrrr* Kesian Hanan, sekeras-keras di awal novel, tp bila smpai time ni lemah selemah lemahnyer. Semua karakter bertukar dan terasa sedikit goyah disitu. Cerita-cerita yg diselitkan di tengah2 konflik seperti hal2 tour dilihat terlalu meleret-leret panjang lebar sehingga beberapa helai muka surat mengurangkan percentage mood 'eager' utk membaca.

Pengakhiran novel dilihat terlalu terburu-buru seperti dikejar kapal terbang. Banyak scene yang tidak diolah dengan lebih mendalam dan ibarat mcm melepaskan batuk di tangga….*mcm asal siap n happy ending, dahlaaa* . Sedikit kurang 'kick' bg aku yang terlalu ingin tahun ape telah terjadi pada Akmal. Bagaimana pula dengan org2 yang menganiaya Hanan sehingga dia dijatuhkan talak? Cinta baru yang terbit yg seperti dlm jangka waktu yg terlalu singkat dan tidak mendalam sedangkan Hanan digambarkan seperti sudah tawar hati utk sesiapa… apepun kata kakMeen(penulis) ade RDAB 2 sambungan kisah cinta Hanan. *aku harap mmg adelaa sbb mmg x puas hati dgn ending nyer*

"Jangan cari keserasian, tapi wujudkan keserasian, jangan cari apa yang kurang, tapi hargailah apa yang lebih dan jangan banyak mengajar tapi kenalah banyak belajar"

No comments:

Post a Comment